Friday, December 30, 2011

bestfriend..

is it true that perempuan ngan laki can never be friends?i mean bestfriend / closefriend / goodfriend and paling tepat skali nak cakap,bestfriend forever until the end without ada rasa sayang lebih daripada bestfren la..yang betul2 rapat like ko layan die macam die member pompuan ko yang lain (bagi perempuan la)..*gay tak dikira okeyyyyyyy

i used to think opkos la boleh..but malam semalam duk gayut ngan abang aku buat aku terfikir balik benda ni..and moy pon pernah cakap,kalo ada la laki ngan pompuan best friend,mesti salah sorang daripada 2ekor tu yang ada crush kat yang sorang lagi tu..and aku tak menafikan benda tu..sebab memang majoriti semua member2 aku yang rapat ngan member die yang lain jantina,end up jadi balak-awek or abang-adik angkat..

dulu2 aku fikir,bole je laki pompuan jadi member baik sebab aku sendiri ada member baik laki..i mean,yang memang betul2 la rapat ngan aku,tempat aku gtaw masalah aku,tempat aku merepek,tempat aku nanges,tempat aku geli2 *erkk..lepas gayut ngan abang aku tu,terus aku teringat..

contoh laki ngn pompuan yang rapat tak menjadi adalah aku sendiri..takyah nak cri contoh jauh2 aih..
aku ngan kambing asalnya kawan rapat *kowt..and skang,da jadi abang aku pon..same goes to slug..we used to be rapat, and now..kitorang jadi ape..aku pon tak taw la nak cakap camne *sigh..

contoh member aku lak..yus ngan mira..dulu rapat je..mane je die pergi,mesti ade lagi sekor tu..sampai orang keliling dak dok kenen2kan diorang..mira pon salu la meluahkan kat aku.."kitorang kawan je"..aku pon memang percaya r cakap mira sebab memang masa tu aku still fikir tak mustahil laki pompuan jadi kawan baik..its not like aku terpaksa percaya..memang aku caya and memang betul pon..tapi skang..kapel jugakkkkkkk..kekeke..moy pon camtu gak..err,tapi aku rasa yang tu sensitip kot nak citer kat cni..hee

and aku pon baru pas interview junior aku neyh..mula2 die kate boleh je..and aku tanya lagi boleh ke jadi bestfren forever without develop any feeling2 jiwang gitteww..tang tu die cakap agak susah r..

see?







Thursday, November 3, 2011

diamnya aku,tak bermakna aku salah


pot pet nya kau,tak bermakna kau betul

selagi aku tak diam,selagi tu kau pot pet..

pening kepala aku nak dengar apa yang ko pot pet kan tu..

bila aku diam,ko tersenyum suka fikirkan ko betul..

aku tergelak tengok ko fikir yang ko betul

bodohkan diri sendiri je...heh

Wednesday, October 5, 2011

aurat dan sukan..

there's something that have been bothering me for quite sometime..i've wanted to ask my roommates but i faggot forgot..hehehe..sebab asal nampak muka diorang je aku terlupa..nampak muka diorang je aku terlupa..so,bagi nak mengelakkan aku terlupa lagi,aku pon taip la kat sini..

ni pasal aurat dan sukan..aku tak ingat tahun bila,aku ada terbaca kat surat khabar pasal Roqaya Al-Gassra..she was one of the first women to represent Bahrain at the Olympic Games, by taking part in the women's 100 metres sprint at the 2004 Summer Olympics in Athens..she ran with a head scarf and her body fully covered..i was really impressed..

Roqaya Al-Gassra

dan aku pon ada baca blog senior aku yang ada sentuh pasal aurat dan sukan..dia letak sekali gambar2 atlit yang menutup aurat..







 pastu skang ni pulak nga hawt yang tak brape hawt pasal pompuan skang ni dok pakai tudung sebab fesyen n bukan sebab tuntutan agama dan menyebabkan pemakaian baju2 yang agak merepek la bagi aku dan maka keluar la statement macam gambar kat bawah ni..


statement beliau adalah



Bersukan bukan ALASAN untuk MENDEDAHKAN AURAT. Pakai tight panjang & hand sock dan sempurnakan pemakaian tudung tak menghalang kita untuk naik podium sebagai pemenang.

that is soooooo true..seriously,aku takde niat nak banned ke ape an..aku cuma tertanya2..diulang, TERTANYA-TANYA..

aku setuju dengan statement tu..cuma yang buat aku tertanya2 selama ni,pemakaian tight panjang & hand sock,seperti gambar2 atlit di atas,adakah ianya menepati syara'?sebab kalau pakai tight,bukankah ianya seperti membalut aurat dan bukannya menutup aurat?pemakaian tudung yang sempurna adalah tidak jarang dan menutupi dada..dengan memasukkan tudung dalam baju,adakah ianya dikira menutupi dada?

hamek ko punya bahasa skem baekkkkk punya *buat gaya ala2 zizan nganjing dafi af*hohoho..

sekali lagi aku nak tekankan,aku tertanya-tanya..which means,aku BERTANYA..

orang cakap, malu bertanya sesat jalan..aku tau aku tak tutup aurat, tak pakai tudung pon..orang akan cakap, watpe ko nak taw sangat?ko pakai tudung pon tak la derrr..


well, aku nak bagi contoh la an..ni CONTOH je aw..

orang yang tak solat,dia takleh tanya pasal detail2 yang ada dalam solat ke?

orang yang tak pose, dia takleh taw pasal pose ke?

orang yang tak berak, dia takleh taw cara2 nak cuci pungkoq ke?*oppss..sensitip sangat ke soalan aku ni?hohoho..

ok..tu je yang aku TERTANYA-TANYA sebenarnya..ada tak contoh atlit yang BETUL2 menutup aurat?tanya je..athlete,and i mean by REALLLLLLL athlete..






p/s : kena banyak kali state kan bertanya/tertanya2 tu sebab ada certain orang tak paham bahasa antara pertanyaan dengan cari gadoh..hohoho




Tuesday, August 9, 2011

demmit

huk aloh..bukannya aku nak banned pekerja yang kat bahagian perkhidmatan ke ape..tapi memang tu yang ditunjukkan kat aku..because nila one drop, spoil milk sebelanga,u know..

minggu ni intake aku ade task wat battle study..each group ade r tajuk masing2 and group aku dapat tajuk 'pendaratan jepun di kota bharu'..kerja aku cari buku rujukan kat library je la..semalam dah usha2 r kat library upnm tuh,dapat la buku barang 2-3bijik..nak pinjam,tak bawak kad matrik lak..so aku tulis je r no siri buku tu biar senang aku nak cari sok yakni hari ni..

pastu lepas pt (stands for physical training) tadi, pergi klas buat discussion pasal esaimen tu la..aku boleh lupa plak nak bawak kad matrik aku..terpaksa la menapak balik bilik jap walaupon penat pt tadi tak brape nak hilang lagi..*claim2*..pastu gi library lak..poie la moncarik buku yang den dah save semalam..da jumpo,setel..poie kaunter pinjam buku,sampai..lotak ateh kaunter,abang library tu usha den polek yo..den pon koba an la nak pinjam buku..kek kaunter tu ado 2 abang library..duo2 jawap bondo yang samo dongan cagho yang lain..soghang ok..tang soghang lagi tu,ngan suara mental nye,memang takdo etika kojo kek bahagian perkhidmatan ah sonang cito..

yang ok : eh,takleh pinjam buku la dik..system down,letrik takde..

yang mental : mane boleh pinjam buku..kan elektrik takde,system down..mane leh pinjam..

memang diorang jawab benda yang sama..cara tu yang lain..mana la aku taw library tu panas sebab tak de letrik..kot la aircond rosak ke..upnm punya facilities ni memang pelik2 sket..lagipon kalau nak bukak lampu,dalam library tu dah cukup terang dah aku rasa..cermin je keliling dinding tuh..system down?memang aku taw pon yang system tu tengah down sebab aku yang guna pc tuh.huh!

last2 aku pon fikir positive la..agaknya abang tu fedap kot nak cakap banyak2 kali sebab ramai yang nak pinjam buku..haa..dah tu tak boleh ke tulis atas kertas a4 ke,pastu tampal kat depan kaunter tu..so,takde la fedap sangat takyah cakap banyak2 kali..kan kan kan??tengok,aku da mental masa sendiri dah..*demmit

Saturday, July 30, 2011

ehem2...

hepi birthday to me...
hepi birthday to me...
hepi birthday to syeka...
hepi birthday to me...

*clap clap clap*


pada tanggal 25 julai yang lalu,*skema hanjing aku punya ayat* ganjillah umur aku mencecah 21..hari tu pon aku tak harap sangat la pape hadiah..hadiah yang paling aku harapkan pon 'semoga aku dapat lalui hari tu dengan penuh ketenangan'..hohoho

masa tu kitorang baru setel latihan menembak waktu malam..habis dalam 12malam lebih..tu yang tetiba dapat wish dari fatah masa dalam baris..
memandangkan tempat aku belajar ni,ada certain budak laki yang buta gender tak reti nak bezakan pompuan ngan laki,yakni tak berapa nak pandang aku sebagai perempuan,maka aku amatlah berharap makhluk2 tu tak humban aku ke dalam longkang..lagi2 kucai dah bising2 tanya longkang dekat2 ngan kitorang tu bersih ke tak..

dan memandangkan aku pernah ada pengalaman kena campak dalam kolam renang masa function course tahun lepas walaupon aku la satu2nya ladies dalam batch kitorang dalam course tu, *pedulik hapa diorang..kijam tol..wuwuwu* tak mustahil aku akan dimasukkan dalam longkang..hohoho..woih!!!masa tu dah tengah malam..kalo aku ternampak benda2 yang tak sepatutnya kat dalam longkang tu camne?kena sorok kat dalam longkang tu ke..haaa..sapa yang susah?korangggggg jugak..muhahahaha

keesokan paginya,tarikh yang sama la an,ada cuci senjata pulokkk..pakai poncho fatah..still dia bising2 lagi nak suh aku buat function..hohoho..

pemandangan yang boleh tengok masa cuci senjata..hohoho

daddy AZMI nampak macam budak kecik yang dapat mainan je..nampak kecik je..padahal muscle tuhhhhh..
p/s : word AZMI hendaklah dibaca dengan suara yang besar lagi garau..hoho







pemandangan apabila senjata dah abes cuci..mana tak nye,balik dari lapang sasar pukul 1 kowttttt..1am..diulangi,1 a.m..bukan 1 pm,tapi 1 am..haa~




yang ni memang tengah takde keje jadikan barrel as mikrofon..mentang2la ko punya da abes cuci..chettt!! *jeles2*


abaikan feremfuan yang tengah bajet karaoke ni..sila fokus kat manusia belakang tu..penuhkan pipi die?hehehe..oke,takde motip..

. . . . . . .

malamnye plop mase tengah golek2 dari katil ke katil sorang2 sebab rumet 2ekor p dating kat cafe sambil tunggu masa function ladies 08 nak start..apa barang dating kat cafe..tengok cam aku..dating kat pizza hut..wayang..boleh buat maksiat some more..muahahaha.. *erk*
k r,sambung balik citer..mase tengah golek2 atas katil,got a call from tn rambo a.k.a laki moi..takkan la moy tido kot nak mintak tolong kejutkan budak kecik tuh..bukan diorang ngah berjimbit ke..rupenya,nak cakap ada senior nak jumpa kat cafe sekarang..hohoho vitamin b6 ada 48 pisangggg *tak massaaiiii*.. aku pon siap2 dengan kadar yang segera..keh keh keh..sampai2 je........


tadaaaa!!!!!!

hepi birthday to me...
hepi birthday to me...
hepi birthday to syeka...
hepi birthday to me...

wuhuuuu!!!!!
lilin berdasarkan ketinggian dan kebesaran kitorang erk..tu la ko mira,sape suh ko buat perbandingan saiz lilin..aku ponnnnnnn apa lagi..tekan lilin tu biar terbenam lebih kat dalam kek tu,biar aku dapat buat perbandingan ketinggian lak..hihihi :p


*kill kill die die die*


 lidah tu dah jadik habitat ye



mira ngan laki die jugak..aku rase diorang ni gadoh r sebab yus senyap je mase tu..hohoho

 moi ngan laki die
thanks to tn rambo,tolong makan banyak kek tu atas permintaan aku walaupon kena bahan dengan budak kecik 2orang tuh..*sori tuan* ngehehehe

untuk blackbewwy torch,kite kena la senyum dengan ikhlas..kikiki